8 Jamadilakhir 1446H | 10 Disember 2024ย
Sesi 60 Minit bersama Pengarah Peneraju adalah sesi libat urus yang dianjurkan oleh Pejabat Transformasi Universiti bersama Pengarah - Pengarah Peneraju Universiti dan kali ini memfokuskan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak.
Pejabat Transformasi Universiti hadir ke rumah ilmu ini diketuaiย Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad, Penolong Naib Canselor (Strategi),ย PM Dr. Mohamad Fariz Mohamad Taib danย Dr. Nurul Aili Zakaria.ย Turut hadir menyertai sesiย petang tadi barisan Pengarah Perpustakaan Tun Abdul Razak iaitu Encik Arshad bin Bujang, Encik Ahmad Amiri Bin Mohamad, Puan Aznur Umiza Binti Abu Kasim, Encik Ahamad Zuber Mohamed dan Puan Nor Azwani Mohamad, Ketua Unit Dasar & Perancangan Strategik merangkap Penyelaras Strategik Transformasi Universiti (PSTU) Jabatan Perpustakaan.
Sesi ini telah membincangkan peranan dan fungsi Perpustakaan sebagai salah satu jabatan utama yang akan menggerakkan pelan tindakan strategik dan menyumbang kepada hala tuju UiTM 2030 bagi tempoh 2026-2030 yang memfokuskan kepada High Impact Transformation. Selain itu, penambahbaikanย petunjuk prestasi di bawah tanggungjawab perpustakaan turut disemak bagi pelaksanaan pada tahun 2025 bagi memperkasa peranan perpustakaan di peringkat universiti.
Pastinya pembentangan tersebut telah mempamerkan fungsi perpustakaan dalam usaha menyokongย UiTM mencapai aspirasi strategik yang berimpak.
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa