Shah Alam, 3 Disember 2024 โ Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) telah menerima kunjungan daripada murid tahun 5 dan 6 dari SK Seksyen 7 dan SK Bandar Anggerik, Shah Alam sebentar tadi.
Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti dalam program โUiTM-ESRI GIS Day 2024โ anjuran Bidang Sains Ukur dan Geomatik, Pengajian Sains Geomatik dan Sumber Alam, Kolej Pengajian Alam Bina. Lawatan dipandu oleh Encik Harun Al-Rashid Bin Bahrin, Penolong Kurator Kanan dan Cik Noorbaizura Binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan.
Semoga penyertaan lawatan sebegini, murid tidak hanya belajar, tetapi juga terinspirasi untuk menghargai ilmu dan budaya !